Birch baharu hendak mandi di rumah mandi di tebing Sungai Perak
pagi itu
Tiba-tiba diserang
Pandak Indut merejam lembing ke arah Birch Maharajalela membaling lembing ke arah Birch Datuk Sagor melejang lembing ke arah Birch darah bersembur Birch terhumban ke air
dan timbul di belakang rumah mandi
Si Tuah di situ menerkam menikam Birch Si putum di situ menerkam menetak kepala dan leher Birch dua kali, mati
Birch tengelam timbul tenggelam
ditemui mayatnya dua ratus meter di hilir.
Si Putum yang tidak disangkal bersalahnya
dijatuh hukuman gantung mandatori oleh Majestrit Raja Idris
Kampung Pasir Salak dibakar hangus Inggeris
mencari Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandak Indut,
British tawarkan habuan lumaiyan ribuan ringgit supaya ditangkap
Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandak Indut pun digantung
kerana mereka orang jahat, kata British
Hukuman dijatuh Majestrit Raja Idris.
Sultan Abdullah yang pelawa British ke Perak demi takhta
peri pembunuhan itu tidak lagi memihak
Sedangkan menyuarat di Durian Sebatang membulat mufakat
baginda hadir membawa titah
bersama Sultan Ismail, Maharajalela, Datuk Sagor, Raja Idris dan beberapa orang kanan bahawa Inggeris terlaknat mesti disekat
Hukuman ringan untuk Sultan Abdullah ialah diterlantarkan ke Pulau Sicili
Raja Ismail dibuang ke Sekudai Johor.
Pun Raja Idrislah juga Majestritnya di arah British menjatuh hukum.
Sungguh missi membunuh Birch adalah dari perlaksanaan titah Tuanku kerana
kerja sendiri dikelek kerja raja dijunjung pantang derhaka.
Naharudin bin Abdul Rashid
Karyawan Pk