Hantar Karya

Laman web atau portal rasmi Karyawan Pk telah ditubuhkan pada 15 Februari 2021. Laman ini merupakan medium informasi yang berkaitan dengan kegiatan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk). Portal ini juga bersedia menampung karya sastera atau kreatif daripada individu terutama ahli Karyawan Pk.

Antara tulisan yang diterima ialah berita, kajian, rencana, resensi, wawancara, esei, pendapat, lukisan, cerpen, sajak, dan lain-lain.

Pengoperasian laman web ini adalah berkonsepkan “non profit margin”. Justeru, tulisan yang diterima tidak diberikan royalti atau honorarium.

Sebarang sumbangan tulisan bolehlah dihantar ke emel editor@karyawanpk.org

Tulisan mestilah karya asli penulis dan tidak mengandungi unsur ciplak, menyentuh mana-mana sensitiviti agama dan bangsa.

Copy link
Powered by Social Snap