Sesi Libat Urus Biografi Penulis e-Wajah Penulis Malaysia Zon Utara
9 Mei 2026 | Sabtu | 9.00 pagi – 12.30 tengah hari | Sudut Penulis, DBP Wilayah Utara, Pulau Pinang.
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan dengan kerjasama DBP Wilayah Utara akan menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Biografi Penulis: e-Wajah Penulis Malaysia Zon Utara yang bertujuan untuk memperkenalkan pelantar e-Wajah kepada penulis dan persatuan penulis serta memperoleh maklumat penulis yang terkini dan semasa.
Para penulis yang berada di Zon Utara, iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak diundang untuk menghadiri SLU tersebut.
Daftar dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc4ZKCQ3wweyl7-hTdGYs0vDDdCZUyBdmEWqDeWDLcigiUfhA/viewform
Penyertaan adalah terhad.
Terima kasih.