1. Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dan Penerbit Kayacipta akan menerbitkan sebuah antologi sajak bertajuk “BEKOR di sebalik cerita sejarah” dan koleksi ANEKDOT BEKOR awal tahun 2024.

2. BEKOR sebuah kampung Melayu terletak di sisi Sungai Perak di antara Kuala Kangsar dan Parit berdekatan Manong.

3. BEKOR menyimpan banyak kisah sejarah bangsa dan tersohor dengan “Perang Bekor” pada 6 Mac 1946.

4. Justeru Karyawan Pk mempelawa sdr/sdri (ahli /bukan ahli Karyawan Pk) menulis sajak / anekdot mengenai Bekor dari pelbagai sudut; ekonomi, politik, agama, sosial, sejarah dsb tetapi tidak membabitkan isu perkauman, pertikaian sejarah serta agama. Tema sajak dan anekdot tidak terkait dgn polarisasi kaum, pertikaian politik, agama, sosial dan isu sensitif. Kedua-dua antologi ini diselenggarakan oleh M Zaki Arif.

5. Sajak tidak melebihi 25 baris, font: times new roman 12 poin, tanpa langkau dalam bahasa puitis lagi berseni manakala anekdot tidak terikat panjang pendek tulisan tetapi hendaklah ditulis mengikut spesifikasi yang dinyatakan di atas.

6. Kiriman sajak / anekdot dlm bahasa Melayu hendaklah disertakan biodata (5 baris) dan gambar wajah penulis.

7. Alamat lengkap & no telefon hendaklah dinyatakan dlm e-mel untuk kiriman buku kpd penulis.

8. Tiada royalti atau honorarium tetapi penyumbang akan diberi senaskhah buku percuma. Seandainya ada majlis pelancaran atau baca puisi, penyumbang akan diundang hadir.

9. Setiap karya akan dinilai dari segi fakta dan tidak bersifat peribadi.

10. Tulislah untuk khazanah sastera, sejarah dan galeri Bekor. Tarikh tutup kiriman karya pada 25.12.2023 dan kirimkan karya anda ke e-mel penulisperak@gmail.com

Sumber:
Dr. Zabidin Haji Ismail
Presiden Karyawan Pk