Iaitu ‘imsak’ ,
bertujuan menahan diri dari segala sesuatu terhadap keperluan jasad.Seandainya umat mengenal(makrifat)-apa itu puasa,
maka terkikis korupsi, manipulasi, salah guna kuasa, penyelewengan dan emosi gengsi.
Nyata umat masih gagal meraih hakikat puasa
yang di dapat hanya lapar dan dahaga, sampai bila?

Nyata umat berlumba-lumba menghidang aneka makanan sebagai sebuah pesta.

Ramadan punyai erti membakar,
yang dibakar hawa nafsu , bukan membunuh!
Visi puasa bukan
“marhaban ya Ramadan”
tetapi ‘marhaban ya Tuhan’,

Tiada tawar menawar dalam berpuasa
agar tidak terhijab kepada Tuhannya.

Kata Arifbillah puasa itu nikmat! Di mana ya?

Alkhair Aljohore@
14.3.24