Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2024

Ipoh, 1 Januari 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 2/2024 Karyawan PK telah berlangsung dengan lancar pagi tadi di Bilik Mesyuarat, Dewan Serbaguna, RPT Kampung Tawas Tambahan, Ipoh. Mesyuarat yang diadakan sempena Cuti Tahun Baru ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa bagi membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan perjalanan organisasi.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Karyawan PK, diikuti dengan pengesahan minit mesyuarat sebelum ini. Perbincangan turut menumpukan kepada beberapa isu berbangkit, termasuk laporan kewangan terkini yang telah dibentangkan oleh Bendahari. Selain itu, beberapa perkara lain turut dibincangkan sebagai persediaan bagi memastikan kelancaran aktiviti organisasi sepanjang tahun ini.
Setiausaha Agung Karyawan PK, Abdullah Hj. Mohd. Samsuddin, dalam kenyataannya, mengucapkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan menyumbang pandangan dalam mesyuarat ini. Beliau menekankan bahawa kerjasama yang erat dalam kalangan ahli adalah kunci kejayaan organisasi pada masa akan datang.
Mesyuarat yang bermula pada jam 10 pagi itu berakhir menjelang tengah hari dengan semangat baharu untuk menghadapi cabaran dan merangka program-program yang bermanfaat untuk ahli-ahli Karyawan PK.