Majlis Jasamu Dikenang & Jamuan Berbuka Puasa Majlis Kebudayaan MKN 2025

oleh Nimoiz T.Y

poh, 8 Mac – Majlis Jasamu Dikenang & Jamuan Berbuka Puasa, Majlis Kebudayaan Negeri Perak (MKN) 2025 berlangsung dengan penuh penghargaan di Aras 3, Bangunan Tabung Haji, Ipoh. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada En. Abd Rashid Abdullah, Setiausaha Kehormat MKN yang juga Pengarah JKKN Perak yang bakal meneruskan perkhidmatannya di JKKN Johor.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan kewangan kepada badan-badan gabungan persatuan kebudayaan dan kesenian negeri Perak.

Persatuan Karyawan Perak diwakili oleh tiga orang wakil iaitu Onn Abdullah, Hj. Paris Arshad dan Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub (Nimoiz T.Y).

Hampir tiga puluh badan gabungan Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) Perak. Antaranya ialah Badan Budaya Perak (BBP), Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS), Kelab Penyair dan Deklamator Perak, Persatuan Permainan Tradisional Serantau Perak (PEWARIS), Lembaga Pembangun Sastera (LEPAS) Perak, Persatuan Kebudayaan dan Tradisi Etnik India Negeri Perak (PIN), Persatuan Penggiat Seni Negeri Perak (PESINAR) dan banyak lagi.

Usai majlis berbuka puasa dan solat maghrib, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan okeh Encik Azmi Ismail, Yang Dipertua (YDP) MKN Perak. Seterusnya ialah ucapan daripada En. Abd Rashid Abdullah, Pengarah JKKN Perak yang bakal berpindah sebagai Pengarah JKKN Johor.

Sepanjang berkhidmat di Perak, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang mesra dan sentiasa mendekati NGO seni budaya tanpa mengira latar belakang.

Dalam majlis ini, penyampaian peruntukan kepada badan gabungan turut menjadi agenda utama.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada jasa dan bakti En. Abd Rashid Abdullah sepanjang enam tahun di Perak, malah turut mengeratkan hubungan antara badan kebudayaan dan kesenian negeri dalam usaha memartabatkan warisan seni Perak.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap