Travelog Ujian-Nya

TRAVELOG UJIAN-NYA
TRAVELOG UJIAN-NYA
17 Mac
Dia telah memberikan tanda-tanda aku kurang sihat
Aku terus melaksanakan kerja hakiki aku
Menyelia praktikum di SJKC Yuk Choi tetap ku melangkah
Pulang ke sarang kerjaku, aku lemah tidak bermaya
Badanku rebah di meja kerjaku
Hingga aku lelap seketika
Aku tidak berdaya
Terus melangkah longlai balik ke rumah
18 Mac
Cuti Nuzul Al-Quran
Aku masih tidak bermaya
Terus melangkah ke Klinik Al-Amin
Terus dirawat dan diberi ubat-ubatan seperti gula-gula
26 Mac
Badanku terus tiada daya
Permasuri hatiku bimbang denganku
Jari kelingking kaki kananku mula menunjukkan reaksi malang
Bengkak, merah-kemerahan dan kuning-kekuningan
Permasuri hatiku mula berbisik-bisik manja
Aku bermonolog
Terus ke Klinik Al-Amin
Zon merah tempat ku bertandang
27 Mac
Ujian-Nya…jari kelingking kaki kananku
Doktor sarankan dibuang kerna reaksi malang
Aku angguk faham
28 Mac, terus dioperasinya…aku tidak sedarkan diri…lena diawang-awangan
Syawal menjelma, aku di wad…beraya di wad
Syawal ketiga aku melambai pergi katil 23 wad 2A
10 April
Resahku menjelma lagi
Kawasan operasi tidak cantik
Zon kuning tempat ku bertandang
11 April
Aku pasrah dengan ketentuan-Nya
Engkau memberi pinjam kakiku selama 45 tahun
Cukup masanya Engkau ambil semula
Kaki kananku dipotong bawah lutut
Angkara aku degil dan tak cakna
Kini,
Aku telah pulih sepenuhnya
Menunggu kehadiran anggota Baharu
Dalam hidupku
Wheelchair dan walking frame
Menjadi temanku di kala keseorangan
Menjadi temanku di kala bersiar-siar
Menjadi temanku di kala Bersama keluarga
Anakku, Hafid Rayyan
Isteriku, Uyun Yani
Memahami akan kaedaanku sekarang
Mereka pencetus semangatku kini
Hafid Rayyan dan Uyun Yani…
Terima kasih buat segala-galanya
Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak@Z.Luzaif
7 Julai 2025
Taman Desa Maju Perak, Langkap