Reaksi balas kepada Hamdan Haji Yaakub

oleh Anuar Mohd Yusof
Seperti juga perkara diperkatakan oleh sahabat saya Tuan Haji Hamdan Yaakub, saya berkongsi hasrat yang sama iaitu supaya generasi akan datang dapat menelusuri pemikiran, hasrat, cita-cita dan wawasan kenapa seseorang insan itu mencoretkan sesuatu buat khalayak pembaca.
Tahniah buat sahabat saya saudara sama orang tebing Sungai Perak, Hamdan Haji Yaakub. Secara peribadi, hasrat saya menukilkan kepelbagaian tindak-tanduk manusiawi yang hanya sebahagian kecil boleh kita tafsir!
Contohnya, jikalau kami penduduk Jeram, Kampar (sekitar tahun 1965 hingga 1977), durian amat menjad. Dusun sekitar tiga ekar mempunyai 20 pohon durian boleh menghasilkan buah paling banyak antara 2000 hingga 3000 biji musim itu (tahun 1977). Datuk sebelah ibu pula kebunnya seluas lima ekar memiliki 50 hingga 80 pokok boleh berbuah sehingga 5000 hingga 6000 biji. Julai 1977 saya menyertai kursus Diploma Kesihatan Awam di lnstitut Kesihatan Awam, Jalan Bangsa, Kuala Lumpur. Apabila kami menyuluh antara 3.30 hingga 4.30 pagi, mengutip durian agak baik dan saya dua beradik, 12-15 / 8-10 tahun usia, menyorokkan hasil kutipan untuk dijual kemudianya. Arahan datuk supaya mengumpulkanya, hujung musim dapat punggut RM20.00 hingga RM30.00. Operasi subuh kami menghasilkan RM120.00 hingga RM160.00 seorang buat belanja bersekolah di Kampar.
Lalu bapa bapa saudara kami mengancam hendak “pelebau” kami, atas perbuatan kami. Anehnya dimasa lain, contoh kenduri khatan atau semasa berkunjung ke pekan Diraja kemudian, berseputar memasak makanan kegemaran kami, atau semasa kenduri bertunang malah kahwin, mereka berseputar membantu kerja kerja persediaan menyiapkan pelantar basuhan dan seumpamanya.
Itulah yang saya maksudkan “kontradiksi kasih sayang itu”!