Ayah

usai subuh kau melangkah kaki

di lorong sepi

di jalan sunyi

menuju destinasi lembah getah.

Ayah

senjatamu mencari rezeki

sentiasa digenggam

melakar di tubuh batang getah

mengalirlah sumber rezeki

untuk anak-anak di pondok usang.

Ayah

keringatmu menitik satu persatu ke bumi

membasahi bajumu

tiada empangan untuk menahan

ia terus mengalir deras

bersama tenaga tuamu

demi membesarkan anak-anakmu.

Nukilan:

Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Ipoh

16 Jun 2023