Menulis Karya untuk Kanak-kanak

oleh Nimoiz T.Y

Arba’ie Sujud dan Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi dalam kajiannya berjudul “Pembentukan Emosi Kanak-kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera” menyatakan kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 hingga 8 tahun sangat suka membaca buku bergambar kanak-kanak.

Emosi dominan yang digambarkan adalah seperti girang, bersungguh, ingin tahu, reaksi verbal dan reaksi non-verbal.

Memang betul, kanak-kanak awal sangat teruja membaca buku cerita yang kaya dengan unsur-unsur berikut. Berikut adalah 10 unsur yang digariskan dalam jurnal itu.

  1. Ada unsur hiburan dan pengajaran.
  2. Merangsang perasaan mereka. Ada kalanya mereka kelihatan ketawa, marah, tersenyum, dan sebagainya.
  3. Ada unsur keindahan, iaitu gambaran watak yang menarik
    perhatian mereka.
  4. Gambar menarik kerana berwarna-warni.
  5. Murid-murid mengakui gambar yang sesuai dengan cerita.
  6. Gambar ialah autentik, saiz font yang sesuai dan susunan
    perkataan yang sesuai dengan gambar dalam setiap halaman.
  7. Merangsang minat mereka untuk mengetahui kesudahan cerita tersebut.
  8. Watak menarik.
  9. Plot cerita kronologi mudah difahami oleh kanak-kanak.
  10. Penyelesaian cerita yang positif dan menggembirakan.

Ingin menulis buku yang fokus kepada kanak-kanak? Masukkan kesepuluh elemen yang disenaraikan di atas. Kadang-kadang, teks sahaja tidak mencukupi. Penulis perlu berusaha mendapatkan pelukis yang berkarisma, yang mampu menterjemahkan teks ke dalam bentuk karikatur, ilustrasi dan warna-warni.

Bagaimana untuk menulis buku kanak-kanak? Adakah perlu menjadi kanak-kanak semula?

Tidak perlu. Semua orang pernah menjadi kanak-kanak. Cuma semasa menulis, rendahkan sedikit gaya penulisan sesuai dengan aras pemikiran kanak-kanak.

Banyakkan baca buku kanak-kanak.

Dan cuba selami hati kanak-kanak.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap