oleh Nimoiz T.Y

Ridzuan I merupakan sebuah antologi yang diterbitkan oleh Karyawan Pk. Buku ini telah diterbitkan sekitar 27 tahun yang lampau. Buku ini memuatkan karya-karya ahli Karyawan Perak (Karyawan Pk). Buku yang diselenggarakan oleh Zabidin Hj. Ismail dan M Saleh Mahyat ini dipecahkan kepada dua bahagian.

Bahagian 1 memuatkan karya berbentuk puisi manakala Bahagian 2 pula ialah cerpen. Turut termuat ialah kata-kata aluan, prakata dan biodata penulis. Antara puisi yang dimuatkan ialah “Bunga Malam”, “Kota Bosnia”, “Angin Kota”, “Sementara” dan “Ufuk”. Judul-judul cerpen yang termuat pula adalah seperti “Rujuk”, “Tersepit”, “Memori Pantai Biru” dan “Esok Masih Ada Mentari”.

Sesungguhnya, penerbitan antologi ini menjadi bukti bahawa Karyawan Pk sentiasa gigih menerbitkan karya-karya ahli selain memperkasakan persuratan Melayu. Inilah sejarah yang tercipta yang menjadi memori indah buat ahli dan Karyawan Pk.

Sumber foto: Saudah Mat Lazim