Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada semua pelajar IPG Kampus Ipoh dan warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai PERTANDINGAN DEKLAMASI PANTUN KEMERDEKAAAN DALAM TALIAN dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Bandar Baru Putra, Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian IPG Kampus Ipoh, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebudayaan dan Kesenian IPG Kampus Ipoh.

Syarat-syarat pertandingan:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Ipoh dan warganegara Malaysia.
  2. Deklamasi pantun dalam Bahasa Melayu.
  3. Hanya 2 rangkap pantun sahaja.
  4. Pantun tidak boleh menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan kaum.
  5. Panjang video 1-3 minit sahaja.
  6. Video boleh dihantar melalui whatsapp dan telegram ke:
    Dr. Nazri (012-5984909)
    Pn. Masmiza (01156334421)
    Pn. Syakirah (0197114762)
  7. Video yang dihantar akan diupload di Facebook Perpustakaan Desa Bandar Baru Putra.
  8. Keputusan hakim adalah muktamad.

Sekian, terima kasih.

Via JPP Kebudayaan & Kesenian 21/22