Semak dan belukar

oleh Muhammad Nurdin


Aku telusuri jalan setapak ini

Jalannya telah ditumbuhi semak dan belukar

Tak Nampak lagi mana arahnya

Tidak kelihatan lagi laluannya

Pudar di sebalik semak belukar

Sampai hilang alur asal muasal


Sang tuan tanah tiada daya dan upaya

Semak dan belukar yang kecil itu kian menjalar

Ia tumbuhi setiap petak tanah

Sedikit demi sedikit habis dikuasainya

Semak samun dan belukar,

Kian menduduki tanah sang tuan



(Bandung, 21-02-2021)

Share via
Copy link
Powered by Social Snap