Penulis Pun Kena Rajin Bersedekah

oleh Nimoiz T.Y
Beruntung betul orang yang rajin bersedekah. Allah akan balas di dunia lagi. Antaranya ialah kematian dalam keadaan yang baik atau husnul khotimah.
Janganlah berkira-kira hendak bersedekah. Paling penting, niat kerana Allah.
Datang orang minta sedekah, kita pun berfikir-fikir. Entah-entah itu sindiket. Entah-entah, orang kaya berlagak miskin.
Nak bagi, bagi. Kalau tak nak bagi, tak payah bagi. Jangan pula layan peminta sedekah macam sampah.
Pernah juga saya makan di restoran. Datang pengemis buta dipimpin oleh orang celik yang nampak macam smart. Tiba-tiba pelanggan di meja sebelah marah-marah. Kata itu ini. Mujurlah suasana restoran bising. Orang tak perasan sangat. Yang dengar, meja dekat itu sahaja.
Kawan, nak bagi, bagi. Tak nak bagi, angkat tangan sahaja. Tak perlu marah-marah.
Memang betul pun, tidak dinafikan ada sindiket yang mendalangi peminta sedekah. Tapi benda begini tak perlu usul. Tepuk dada tanya iman.
Kalau rasa macam tak sedap hati, ada sesuatu dalam jiwa. Tak payah bagi. Simpan duit itu beri lain kali. Mungkin sedekah itu milik orang lain.
Sekali lagi, niat kerana Allah. Bukan niat supayah bisnes kencang. Risau kalau kita berdekah supaya bisnes maju, kita sudah lari dari niat asal kerana Allah.
Sedekah sahaja niat kerana Allah. Yang lain (bisnes maju, rezeki murah, anak dengar kata, dan lain-lain), itu serahlah kepada Allah. Allah tahu mana yang terbaik untuk hambanya.
Sedekah ini besar ganjarannya.
Kalau kita sedekah atau infak RM1.00 sahaja misalnya bagi membeli sebiji bata untuk pembinaan masjid, Allah akan balasnya dengan sebuah istana di syurga. Besarnya ganjaran sedekah.
Allah janji. Dia akan memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang rajin bersedekah.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 261.
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Wow banyaknya.
Satu derma atau sedekah yang kita beri ikhlas kerana Allah, Dia akan balas dengan 1x7x100 = 700 pahala.
Nak derma RM1,000 supaya kita seolah-olah mendapat ganjaran pahala RM70,000.00 sudah tentu rasa berat. Apa salahnya mulakan dengan RM1.00 dahulu.
Mulakan dengan yang kecil. Hilangkah dahulu perasaan sayang dengan nilai yang kecil. InsyaAllah lama-lama kita tidak menjadi bakhil dan kedekut lagi.
Jom mulakan hari ini.