oleh Nimoiz T.Y
DATUK SERI KOLONEL DR IR NIK MOHD IZNAN BIN TUAN YAAKUB
Jangan salah faham, ini cuma contoh.
Dalam penulisan buku, nama penulis perlu diletakkan di kulit hadapan. Namun, penulisan nama sebenar, nama pena atau nama samaran perlu ada tekniknya.
Segala pangkat, darjah atau gelaran sepatutnya tidak perlu ada pada kulit buku.
Misalnya, Datuk Seri Kolonel Dr. Ir. Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakub cukuplah dengan Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub sahaja.
Bin tidak perlu diletakkan juga.
Kalau seseorang itu ada PhD, tak perlu letak Dr. di depan nama. Kalau nak letak juga, cukuplah sekadar “Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub, PhD.).
Habis, nama panjang-panjang, segala gelaran semua nak letak di mana?
Tidak ada masalah, letaklah biodata ringkas di kulit belakang.