oleh Nimoiz T.Y

Hal ini pun tidak pernah selesai dari dulu.

Ada yang kekal dengan pendirian, martabat puisi lebih tinggi dari sajak. Orang yang menggunakan istilah puisi yakin dengan hasil garapan sastera sendiri.

Secara mudahnya begini.

Puisi boleh dipecahkan kepada dua bahagian.

(a) Puisi Tradisional
(b) Puisi Moden

Contoh puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, mantera, dan banyak lagi.

Manakala puisi moden ada satu, iaitu “Sajak”.

Jadi, jangan marah penulis yang menggunakan istilah “Kumpulan Puisi”. Mungkin dalam buku itu ada dimuatkan gurindam atau pantun.

Pada hemat saya, istilah Sajak adalah lebih tepat. Namun, pada saya, nak guna istilah puisi pun tidak salah. Yang penting karya itu bagus.