oleh Nimoiz T.Y

Tidak kisah untuk menggunakan istilah penyelenggara, diselenggarakan oleh, penyusun, atau disusun oleh. Atau beberapa istilah lain lagi.

Namun, hasil pemerhatian saya merujuk kepada perbincangan editor DBP, istilah yang paling tepat ialah editor. Dengan kata lain, martabat yang paling tinggi ialah istilah editor berbanding penyelenggara atau penyusun.

Ini kerana, tugas editor adalah lebih meluas. Istilah editor juga menunjukkan bahawa seseorang penyelenggara atau penyusun itu bertanggungjawab kepada naskhah yang ditanganinya.