oleh Nimoiz T.Y
Akhirnya kita perlu akur. Bahawa tujuan akhir sastera ialah sebagai proses kemenjadian masyarakat itu sendiri.
Dalam konteks karya calon Sasterawan Negara yang paling layak. Kemenjadian yang macam mana.
Bukan sekadar masyarakat, tetapi perubahan sikap penulis itu sendiri. Ia bukan sekadar hadiah atau anugerah semata-mata.
Kemenjadian yang macam mana? Saya ulang lagi sekali.
Selepas pembacaan itu sendiri.
Contohnya, selepas kita makan nasi. Apa yang kita rasa. Bukan sekadar rasa kenyang. Tapi kesan lain yang lebih emosi.
Badan jadi sihat. Teringat susah payah pesawah. Teringat kenangan ibu bapa di kampung yang pernah menjadi pesawah. Paling utama, kita menjadi manusia yang paling bersyukur kepada Tuhan kerana menumbuhkan pokok padi.
Sama halnya juga dalam konteks sastera. Apa yang penulis dapat selepas menulis. Apa yang pembaca dapat selepas membaca. Apa yang masyarakat peroleh dari penulis dan proses pembacaan.
Bukan selepas tulis, habis. Bukan selepas baca, habis.
Ia proses yang panjang.