oleh Nimoiz T.Y

Masih lagi tentang polemik siapakah selayaknya menerima Anugerah Sastera Negara (ASN) yang seterusnya.

Mungkin ada pendapat, tunggulah giliran masing-masing. Rezeki tidak akan ke mana-mana. Dalam konteks ini, saya sependapat dengan Ridzuan Harun. Giliran hanya sesuai untuk pejabat pos, pejabat tanah, hospital atau bank.

Ambil nombor, dan tunggulah giliran dipanggil. Cepat atau lambat sahaja.

Anugerah Sastera Negara bukan sepatutnya berdasarkan giliran. Ia berdasarkan siapa yang paling layak. Karya siapa yang paling bagus.

Ia bukan berdasarkan siapa paling senior. Siapa yang lebih awal menulis. Siapa yang terlebih dahulu menerima SEA Write Award. Lelaki atau wanita. Penulis dari Sabah, Sarawak atau Negeri Sembilan dahulu. Penulis novel dahulu baru penulis cerpen. Atau apa-apa sahaja.

Bukan.

Ia berdasarkan karya siapa paling layak. Karya siaa yang berada pada garis depan. Karya siapa paling magnum opus.

Jadi, soal yang disebutkan di atas adalah tidak boleh diambil kira.

Jika ada penulis yang berumur 20-an sudah terbukti, mengapa tidak? Jika ada penulis yang sudah hendak masuk umur 50 tahun, mengapa tidak. Jika ada penulis yang sudah berumur 90 tahun, mengapa tidak.

Dan ya.

Kalau misal kata dalam tahun ini, 3 penulis paling layak. Mengapa tidak ketiga-tiga penulis itu dianugerahkan SN?

RM60K, bahagi RM20K sama rata.

(Perenggan terakhir saya hanya bergurau).