oleh Nimoiz T.Y

“Berapa ramai masyarakat yang kenal Sasterawan Negara sedia apa?”

Nah.

Kita timbal balik kepada disiplin lain. Dunia fizik misalnya sudah melahirkan ramai cerdik pandai di seluruh dunia. Tapi berapa ramai yang kenal Ernst Karl Abbe, Carl David Anderson, John Barden, Niels Bohr, Robert Boyle atau Leonhard Euler.

Dalam bidang kimia pula. Berapa ramai yang kenal saintis-saintis terdahulu. Tapi kita masih menggunakan konsep kimia organik, kimia tak organik, kimia fizik, kimia analisis atau kimia pengkomputan dalam kehidupan. Semuanya hasil buah ilmu pakar dalam bidang masing-masing.

Berbalik kepada polemik Sasterawan Negara. Jadi kalau kita mempersoalkan kenal atau tidak Sasterawan Negara terdahulu, hal ini sama sekali jauh melencong. Siapa sahaja tidak penting. Yang penting karya mereka memberi kesan kepada masyarakat. Sama halnya kita tidak kenal ahli fizik atau kimia. Namun, kita sering menggunakan buah ilham dari mereka.

Namun, kalau kenal itu bonus. Lagi bagus sebenarnya. Tapi membandingkan hal fizik atau kimia dengan sastera sudah tentu tidak sama. Fizik tentang sains. Manakala sastera lebih kepada pembinaan jati diri.

Tapi apa yang jelas, kalau masyarakat lebih mengenali nama penulis berbanding karya, itu sudah melencong jauh. Seolah-olah kita kenal penyanyi atau pelakon. Tapi tidak pernah tahu dia nyanyi lagu apa, atau berlakon drama atau filem apa.