Oleh Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah ditubuhkan pada 12 Februari 1961. Sempena sambutan ulang tahun ke-60 PENA, satu sambutan telah diadakan di Rumah Pena pada 12 Mac 2021 (Jumaat) di Rumah Pena.
Antara ahli Karyawan Pk yang hadir memberi sokongan ialah Ijamala MN, Nimoiz T.Y dan Norazimah Abu Bakar.
Majlis sambutan ini diserikan dengan pengisian malam baca puisi PENA – JKKN. Untuk kali ini, tetamu khas yang diundang ialah Tuan Haji Mesran Mohd. Yusop, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN). Program ini merupakan kerjasama erat antara Pena, JKKN, DBP dan GAPENA.
Antara tetamu tetamu kehormat yang hadir ialah Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula diwakili oleh Abang Patdeli Abang Muhi. Trut hadir ialah Zainal Abidin Borhan, Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan, Dr. Saleeh Rahamad, Tan Sri Johan Jaafar, Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain, Sasterawan Negara Dato’ Anwar Ridhwan dan ramai lagi.
Dalam majlis ini, turut dilancarkan ialah kumpulan puisi Denai karya Zaini Ujang.
Ahli Karyawan Pk di sambutan 60 tahun penubuhan PENA
Related Posts
Sepuluh ahli Karyawan Pk Menang Hadiah Sastera Darul Ridzuan ke-7 2022
Tahniah diucapkan kepada 10 orang ahli Persatuan Karyawan Pk yang menang Hadiah Sastera Darul Ridzuan ke-7 2022. Share via: Facebook Twitter LinkedIn More
Onn Abdullah Dinobat Tokoh Puisi Perak 2022
oleh Nimoiz T.Y Bagi Onn Abdullah, puisi adalah benih kata-kata. Dari benih kata-kata itu akan tumbuh menjadi pohon bahasa indah, subur rendang dengan dahan dan ranting serta cabangnya dengan daun-daun…