Oleh Nimoiz T.Y

Bertempat di MH Hotel Ipoh, program Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu telah dilancarkan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2021. Program ini telah dijalankan pada hari Khamis, 1 April 2021. Sambutan Hari Guru dengan tema Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ini telah disempurnakan oleh YB Ahmad Saidi Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak.

Mengisi slot pelancaran, salah seorang ahli Karyawan Pk iaitu Shasha Shakirah telah mendeklamasikan sajak berjudul, Kitalah Pahlawan karya beliau sendiri. Video deklamasi sajak Kitalah Pahlawan ini boleh dicapai di https://www.youtube.com/watch?v=LZdQlZwlzC0 .