Oleh Nimoiz T.Y

Teromba merupakan salah satu cabang kesenian dan kesusasteraan Melayu tradisional selain pantun, rubai, syair, talibun dan lain-lain. Ungkapan berirama ini lazimnya berbicara tentang adat atau amalan masyarakat. Namun begitu, teromba masih lagi terlalu asing bagi masyarakat berbanding pantun dan gurindam kerana jarang diperdengarkan secara umum.

Dalam memastikan warisan seni budaya tradisional ini tidak pupus ditelan zaman, satu webinar bertajuk “Teromba” telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu dan Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Moderator bagi webinar ini ialah Dr. Mohd Nazri Zainuddin, Timbalan Setiausaha Agung Karyawan Pk yang juga merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh. Program ini telah diselaraskan oleh Encik Zaini Abdul Ghani, juga merupakan pensyarah IPH Kampus Ipoh.

Dua orang panel yang diundang untuk mengupas tajuk ini ialah Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Felo Penyelidik Kanan, ATMA, UKM. Beliau merupakan salah seorang pakar yang banyak menulis tentang teromba. Program ini juga turut menampilkan Encik Shamsudin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh. Program ini akan ditayangkan secara langsung di saluran Youtube TV IPG Kampus Ipoh atau http://youtu.be/4ohe8uXa9yk pada 7 April 2021 (Rabu) bermula jam 2.30 petang.

Semoga progma ini akan menaikkan semula Teromba di kalangan masyarakat kontemporari.