oleh Nimoiz T.Y

“Sedangkan keselamatan diri tidak terjamin, inikan pula hendak menjaga keselamatan sebuah kampung. Namun, Haji Umar, seorang tuan guru dan pendekar silat sanggup membela nasib penduduk Sungai Manik. Namun begitu, setiap perjuangan ada taruhannya. Biarpun tidak hilang nyawan, ada tubuh yang lumpuh, dan ada anggota yang kudung demi mempertahankan tanah air tercinta.” – Sungai Manik Berdarah.

Manik Sungai Berdarah (DBP, 2021) karya M Zaki Arif telah diangkat sebagai pemenang sagu hati Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019. Buah tangan terbaharu garapan Presiden Karyawan Pk ini sarat dengan nilai perjuangan dan patriotisme mempertahankan tanahair tercinta.

Sempena meraikan buku ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANK) telah menganjurkan Bicara Karya menampilkan Dr. Zabidin Ismail @ M Zaki Arif sebagai ahli panel untuk bercakap sendiri tentang perihal buku ini. Moderator bagi bicara karya ini ialah Tuan Haji Mohamad Nazari Haji Abdul Hamid, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

Program ini telah berlangsung pada hari Khamis, 11 Februari 2021 jam 10.00 pagi secara langsung di laman facebook rasmi PPANP. Siaran ini boleh diulang tonton di laman Facebook https://www.facebook.com/PPANPK/videos/244393883813960 .