29/11/2023

Gerbang Karyawan Pk

Sekali Menulis Terus Menulis

Terus bergelombang

1 min read

oleh Al Hisyam

Selagi mahu lautan kehidupan terus bergelombang lagi
sesekali ombaknya begitu tinggi
sesekali turun jua
begitulah ganasnya Corona membaham manusiawi.

Selagi mahu lautan kehidupan terus bergelombang lagi
sanggupkah direnangi
dan diselami
dalam kegusaran
serta ketakutan
sekiranya boleh tenggelam serta lemas kematian.

Selagi mahu lautan kehidupan terus bergelombang lagi.

Sampai bila kita harus menempuhi ujian ini
dengan keterbukaan hati.


8.30pm,
KH, ENGGOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.
Copy link
Powered by Social Snap