Menjejak ilmu

oleh Nuraffizah Roslan

Subuh kubelah dengan senjata lampu

hakikat anugerah untuk mencari ilmu

ilmu seluas lautan

anak muda akan menawan

kekuataan cabaran jadikan teman

didikan ilmu penuh pedoman.

Merdekakan pemikiran

anak-anak istimewa

anak-anak pinggiran

walau tidak mendapat pengiktirafan

mengenal manisnya ilmu

sukar mengenal huruf

ilmu bukan memandang darjat.

Ingatlah

ilmu boleh dituntut

hingga ke akhir zaman.

Sandakan, Sabah
29.10.2021

Share via
Copy link
Powered by Social Snap