Menyalahkan Orang Lain

oleh Nimoiz T.Y

Apabila gagal sesuatu perkara, kita cenderung menyalahkan orang lain. Begitulah sikap negatif. Asyik menyalahkan, menyalahkan dan menyalahkan. Jarang sekali kita muhasabah diri. Diam sejenak dan merenung semula segala tindakan lepas.

Kata Wayne Dyer, “All blame is a waste of time. No matter how much fault you find with another, and regardless of how much you blame him, it will not change you.”

Memang betul pun. Menyalahkan orang lain hanya membuang masa. Tidak ada guna. Tidak akan mengubah kita pun. Apa salahnya kita terima sahaja kesilapan. Terima sahaja. Mengaku sahaja kesalahan. Dan mulakan gerak kerja baharu yang lebih tersusun.

Ini tidak.

Kita lebih banyak habiskan masa menyalahkan orang lain. Kita banyak merungut itu ini.

Cukup.

Berhentilah. Banyakkan bertindak sehingga kita lupa untuk merungut. Itu lebih baik daripada banyak merungut sehingga kita lupa untuk bertindak.

Share via
Copy link
Powered by Social Snap