oleh Nimoiz T.Y

Dahulu ada kawan bertanya,

“Bagaimana nak naikkan semangat untuk sambung Phd?”

Apa pula orang nak sambung Phd. tanya orang yang lebih rendah daripadanya. Mungkin sebab saya ada sedikit pengalaman dalam penulisan.

Saya jawab mudah sahaja.

“Baca disertasi atau tesis yang mudah.”

Dia pun mula membaca tesis yang mudah. Yang sudah lulus Phd. Lalu saya pun bertanya, bagaimana? Dia menjawab begini.

“Macam ini sahaja? Aku pun boleh buat. Aku pun boleh sambung Phd.”

Kemudian dia sambung Phd.

Semasa masih dalam proses menulis tesis, kawan saya ini tanya saya kembali. “Bagaimana untuk menulis tesis yang terbaik?”

Saya jawab begini.

“Baca tesis yang baik.”

Lalu dia pun mula membaca tesis yang baik. Dan akhirnya, dia berjaya menulis tesis terbaik hasil membaca tesis yang baik.

Jadi apa pengajaran yang boleh kita dapat?

Ya, letusan plug untuk mula membakar enjin. Seterusnya menggerakkan omboh semangat.

Begitulah.

Kalau kita mahu mulakan bisnes, tengok bisnes yang kecil-kecil dahulu. Pasti kita akan kata,

“Barang macam ini pun boleh jual. Aku pun boleh kalau benda begini.”

Kemudian, apabila sudah memulakan perniagaan, tengok pula bisnes orang lain yang lebih mantap. Jadikan sebagai batu cabaran. Untuk kita terus mengorak langkah.

Kalau dahulu pernah jadi dropship, selepas ini jadilah pula agen. Kalau sudah jadi agen, jadilah pula pengasas produk.

Baru ada peningkatan.

Hendak menulis (novel misalnya). Pun begitu juga. Hendak bermula, bacalah dahulu novel yang mudah. Bila sudah bermula, mahu menghasilkan adikarya sendiri, terus meneroka dengan membaca karya yang bermutu. Jangan masih di takuk lama.

Semuanya hanya bermula dengan mudah.

Dan semua orang mampu bermula.