oleh Anuar Mohd Yusof
Peluang membaca, membaca dan membaca di rumah ibu saudara yang merupakan guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampar di sebelah Sekolah Menengah Anglo Chinese Kampar. Saya tidak memilih buku. Semua tajuk boleh dibaca, habis dibaca termasuklah buku-buku sastera, Readers Digest serta novel novel Inggeris.
Inilah amalan yang membuatkan saya seolah-olah ketagih membaca buku tanpa mengira faham atau tidak. Maknanya saya telah terdedah kepada tulisan-tulisan penulis Readers Digest, novel-novel Robin hood, dari tingkata satu hingga tiga. Walaupun tidak mengambil subjek sastera, saya terdedah dengan tulisan Shahnon Ahmad (Srengege misalnya).
Tulisan bahasa Inggeris standard Readers Digest dan novel atau buku cerita Robinson Crusoe, gejolak politik Perancis melalui tulisan penulisnya, menimbulkan minat mendalam dalam membaca! Inilah yang akhirnya dengan bantuan kamus perbendaharaan kata. Saya amat teruja dengan bacaan novel, rencana, cerpen dan sebagainya. Dalam tahun 1985 atau 1986, saya menduduki peperiksaan bahasa Inggeris ELTS di British Council, Kuala Lumpur kerana berhasrat untuk belajar undang-undang (law and legal procedure).
Selepas enam bulan saya menerima keputusan gred 6.9/9 iaitu “kompeten di dalam berbahasa Inggeris” Malangnya sijil itu tersalah letak setelah bertukar jabatan bertugas sebanyak empat hingga lima kali. Antaranya Unit Vektor Negeri Perak di Ipoh, Pejabat Kesihatan Kinta di Jalan Gopeng, Jabatan Kesihatan Negeri di hadapan Stesen Bas Ipoh, Daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Itulah perjuangan peribadi saya dan kemajuan bahasa banyak disumbang ketika peringkat 4 tahun di ACS kampar. Malah tingkatan 3B: semata-mata murid Melayu sebarang karah. Tetapi ujian penggal 3 sebelum LCE nombor 1 di dalam kelas 3B dan kira-kira nombor 24 hingga 25 dalam tingkatan (300 murid). Februari 1971 saya melapor diri ke tingkatan 4 Malay College Kuala Kangsar.